Friday 3 July 2015

Salam Nuzul Quran yang ke 1449

Assalamualaikum..

Selamat menyambut Nuzul Quran yg ke 1449..

Serba sedikit kisah Nuzul Quran..

Quran ini pada asalnya terletak di Luh Mahfuz. Bagai mana Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW? Terdapat banyak hadith dan riwayat namun yang masyhurnya adalah, Al-Quran itu diturunkan secara serentak (sekelepuk la) dari Luh Mahfuz sehingga ke Baitul Izzah. Baitul Izzah merupakan langit yang ketujuh.

Daripada langit ketujuh itu, barulah Jibrail sampaikan kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat selama 23 tahun. Beberapa perdebatan berlaku di mana kemusykilan mengenai penurunan Al-Quran ; jikalah Al-Quran ini memang diturunkan oleh Allah, kenapa Allah tak turunkan serentak kepada Nabi Muhammad SAW? Jadi andaian mereka, jika selama 23 tahun nak karang Al-Quran,  menunjukkan Nabi Muhammad lah yang karang Al-Quran tersebut, kerana keupayaan manusia adalah terhad.

Tapi Allah balas pertanyaan mereka, di dalam surah Al-Furqan dinyatakan; Kenapa Aku turunkan kepada kamu wahai Muhammad secara berperingkat, sebenarnya bagi tujuan untuk meneguhkan hati-hati kamu.

Dapat dilihat di sini, walaupun Nabi Muhammad SAW merupakan kekasih Allah, waima seorang insan yang hebat, namun Allah turunkan Al-Quran kepadanya secara berperingkat kerana Allah tahu keupayaan hambaNya.

Pentingnya Al-Quran di dalam menjadi petunjuk kehidupan umat manusia sehinggakan pada hari kiamat di padang Masyar nanti, Al-Quran akan menuntut dan bertanyakan haknya; adakah kita membacanya, dan bukan sekadar membaca kerana banyak ilmu-ilmu Al-Quran yang seharusnya dipelajari melalu Talaki daripada segi ayat, daripada segi hukum dan sebaiknya berguru.


Marilah kita beramal sebanyak-banyak amalan. Salam Nuzul Quran dan Ramadhan Kareem. 


Source : google image

No comments: