Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Perjalanan dari Skudai ke Sungkai dan dari Sungkai ke Skudai telah pun selamat.
Aku balik Sungkai 10/2/2015.
Kisah kunci bilik MA4-5#*.
Kolej *** ** ******.
..........
Malam kejadian
31/1/2015
ON CALL dengan MAK. Oh ya, that moment aku dah sampai UTM.
Aku : Mak, hm nak kena sewa ke bilik ni ye? Sehari RM5. Mahal lah. Hmmm
Mak : Hish sewa lah. Bayar je. Ada duit tak? Kalau takde, mak bagi. Berdosa. Haram.
Walau sekecil mana pun, kalau haram, tetap haram. BERDOSA.
Aku : Ada duit. Okay Mak. Esok pagi umi call pengetua.
..................
Pagi kejadian :
1/2/2015
....
Aku mencapai telefon bimbit ku nokia 3310 lalu aku call office kolej dan menceritakan mengenai hasrat aku nak sewa bilik. Then akak office cakap, call pengetua lah adik. Senang sikit.
Ok aku call..
Ring ring ringgg...
tak angkat.
hmmm...
beberapa minit kemudian, pengetua call aku balik.
Pengetua : Haaaa ada apa Nad? (ops pengetua save num aku)
Aku : pengetua, sy nak sewa bilik blh tak?
Pengetua : ada apa nak sewa bilik?
Aku : sy ada kerja psm (fyp-final year project). si ada kerja sikit.
Pengetua : boleh je. sampai bila?
Aku : sy sampai petang ni pengetua.
Pengetua : bukan. nak sewa sampai bila?
Aku : ohhh sampai 8 hb ni. nanti petang saya sampai sy ambil kunci. terima kasih pengetua.
Jam 10-11pg *anggaran* pada hari yang sama..
Aku dengar bunyi kereta kat bawah, and bunyi kunci banyakkkk.
Dan selang beberapa minit, aku dengar bunyi tapak kasut ke arah bilik aku, *ni siang taw*
Kemudian aku dengar bunyi kunci dan suara dua lelaki depan pintu aku nak buka pintu omg !
Laluuu aku pun jerit dari dalam 'ada orang'.
"EH"!
Mamat2 tu terkejut. Apesal ada orang ni? Buka pintu ni !
"Macam mana boleh ada sini ni?"
"Saya sampai jumaat bang. Ada event Sabtu tu."
"Macam mana boleh masuk? Yeke Jumaat? Entah2 dah dari bila awak duduk sini mana saya tahu"
"Betul bang. Tapi pagi tadi saya dah call pengetua kata nak sewa. Saya ada rekod panggilan kalau nak"
"Macam mana boleh masuk ni?"
"Saya memang ada kunci"
"Bak sini kunci"
Aku pergi ambil kunci
"Saya buat DUPLICATE bang"
"Haa tu yang nak dengar tu. Bak sini matric card. Mana boleh duplicate. Salah"
"Kena saman ke bang?"
"Kena saman la. Nanti datang office".
..................
Tamatlah perbualan yang takde tambahan atau pengurangan. LENGKAP.
...........
First of all, banyak pengajaran aku dapat dari kejadian ni. First, korang perasan tak aku tipu pengetua cakap aku sampai petang. Walhal, aku dah sampai Jumaat tu dah.
Kedua, korang kalau tak reti menipu, jangan buat. KANTOI.
Ketiga, pape pun, call mak korang and tanya pendapat mak korang. Jangan belasah je hidup.
Betul apa mak aku cakap. Walau sekecil mana pun, kalau korang buat benda tu salah and haram, benda tu akan jadi sebahagian dari hidup.
Aku pernah terbaca satu tweet ni, katanya lebih kurang macam ni lah...
'korang rasa kalau korang dok tiru masa exam and berjaya, korang rasa halal tak semua tu?'
alhamdulillahhh aku tak pernah meniru.
dan alhamdulillah aku ada mak yang sedarkan aku walau pun benda tu kecik, tp buat benda haram, memang haram la kan.
bayangkan aku dok haram, aku guna air kolej, aku guna elektrik kolej.
sebenarnyaaa sedar tak sedarrr banyak juga benda haram aku buat kat utm ni.
benda tu nampak remeh, nampak macam alah lekkkk laaaaaa bukan apa pun..
tapi sebenarnya tetap DOSA dan macam MENCURI.
Aku takut sebenarnya masa kantoi tu and diorang amek matric card aku and aku kena pergi office. aduh. hm. aku cekalkan hati.
so bila aku pergi office, semuanya okay lah. *bukan nak backup diri*. aku diuruskan oleh salah sorang mamat yang tangkap aku duplicate kunci tu and mamat tu cool je and baik. dia kata denda ni RM25. oh alhamdulillah nasib baik rm25 je. and lepas calculation semua, aku kira dari hari aku sampai utm, iaitu jumaat tu sampai lah 8hb. so total semua rm75. dan mamat tu tanya, nak debit ke cash, so aku cakap, debit lah. gila nak bayar cash. alhamdulillah boleh. so lagi sekali Allah tolong aku. sebelum masuk office tu pun aku terserempak dengan pengetua, and pengetua cakap, "ha nad , amek kunci ke" . "aha baru nak amek"
seeee.... sebelum tu pun Allah dah permudahkan apa yang aku takutkan sangat tadi...
pengajarannya, kalau korang rasa korang nak betulkan apa yang salah, terus buat. jangan tunggu2. aku silap. sebab aku tunggu nak pergi petang nanti untuk sewa bilik walaupun pagi tu aku dah dpt green light dari pengetua. ha kan dah kena serbu pkl 11 tu.
Kisah ni aku nak kongsi dengan satu dunia untuk pengajaran. siapa tak faham bahasa melayu, boleh google translate atau direct speak out to me. aku nak sebarkan cerita ni satu dunia, bukan setakat budak kelas aku je atau lecturers di fakulti, satu dunia ye.
tujuan lain juga aku draft cerita misteri ni sebab aku malas la nak jawab and ulang cerita yang sama pada orang-orang yang tanya. benda sama je. apa korang dengar kisah ni dari orang lain, sama je macam korang akan dgr dari mulut aku, so better aku explain lagi detail perjalanan cerita ni kan.
boleh buat liputan akhbar nanti mana tahu.
haaaaaaaa....
kat sini aku pun nak minta maaf termaatttt dekat pengetua sebab aku tipuuu. tapi Allah dah balas balik penipuan aku tu dengan kena serbu and denda.
Okay done. Selesai kisah ni. selagi aku tak draft and tak publish, selagi tu lah aku tak tenang. sebab tadi wan sabariah baru lepas tanya. hahaha.
esok pergi kelas mesti kena tanya lagi so better aku cerita benda ni kat sini kan.
lengkap tak? haaaaaaaa jika ada soalan, feel free to ask me ye.
Alhamdulillah...
Wassalam ~
No comments:
Post a Comment